Showing posts with label renungan. Show all posts
Showing posts with label renungan. Show all posts

Monday, February 14, 2011

sAlAm mAulidur rAsul dear muslimin n muslimah :)

Pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala.

Saturday, February 5, 2011

gErimis sEnjA

tika gerimis menggapai
waktu senja nan suram
kita terfana dan merenung seketika
suatu waktu dahulu
kita dan dosa dosa lalu
agar semuanya dapat kita lenyapkan
dan menjadi panduan untuk kita bangkit
menjadi yg terbaik
shukran Allah :)
terkadang kerana sayangNya pada hambaNya
kita sering alpa dan leka 
hmmm



Tuesday, February 1, 2011

sEpi

hmmm
selama ini 
tidak terfikir untuk menggarap lantunan puisi
hanya kerana kekangan masa dan kerja
tika terdengar lantunan puisi dari khalil  gibran
aku rasa terpanggil
untuk menulis 
secara puitis
dan menajamkan semula 
apa yg pernah kulakukan suatu ketika dahulu
:)

Tuesday, January 25, 2011

sAhAbAt guA

Kisah Ashabul Kahfi (Arabأصحاب الكهف‎) merupakan suatu kisah benar mengenai beberapa orang pemuda yang tertidur di dalam sebuahgua, dan cuma bangun 309 tahun kemudian.

Firman Allah dalam Surah Al-Kahfi ayat 22, maksudnya;
Firman Allah dalam Surah Al-Kahfi ayat 22, maksudnya;
  • Mereka akan berkata; Jumlah Ashaabul-Kahfi itu tiga orang, yang keempatnya ialah anjing mereka; dan setengahnya berkata: Bilangan mereka lima orang, yang keenamnya ialah anjing mereka, sebagai tekaan akan sesuatu yang tidak diketahui; dan setengahnya yang lain berkata: Bilangan mereka tujuh orang, dan yang kelapannya anjing mereka. Katakanlah: Tuhanku lebih mengetahui akan bilangan mereka, tiada yang mengetahui bilangannya melainkan sedikit. Maka janganlah kamu berbahas mengenai mereka kecuali secara zahir, dan jangan kamu bertanyakan tentang mereka kepada seseorang pun dari mereka.

    • (Ingatlah) tatkala pemuda-pemuda itu mencari tempat berlindung ke dalam gua lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)".
    • "Lalu Kami tidurkan mereka dengan nyenyaknya dalam gua itu, bertahun-tahun, yang banyak bilangannya".
    • "Kemudian Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya), untuk Kami menguji; siapakah dari dua golongan di antara mereka yang lebih tepat kiraannya, tentang lamanya mereka hidup (dalam gua itu)".

Blog Archive