Toy Soldiers
Derap,derap,derap.
sama sahaja,
ke kiri pusing,mereka ikut.
ke kanan pusing,mereka turut.
Mereka begitu amat akur,
letaklah apa jua halangan,
mereka redah mereka sesah,
mereka muntahkan murka dan durja,
bagaikan gerembolan tiada akal.
Komandernya, sang remote controller,
Jeneralnya, sang protokol.
Prebet-prebetnya sang pembawa sumpah,
mereka langsung tiada rasa sesal,
malah mereka bangga dan bongkak.
Derap, derap, derap... .
sama sahaja,
ke belakangng pusing,mereka ikut,
ke hadapan pusing,mereka turut.
Toy Soldiers.
@ Bintang D Hati
No comments:
Post a Comment