Friday, September 6, 2013

Gamitku Getarmu


Gamitku Getarmu

Gamitku berbait seloka aksara
sebati terjalterjalkan tiap rusukmu
melarut dek samarsamar tinta merah,

Gemuruhku usai atma raga
getarnya resapresapan ke kalbu
melatari kuntuman benihbenih kasmaran.

Aduhai ratna manikam nan kemilau
kemilaumu resap tanpa resa.

BiNtANg d hAti

Tuesday, August 6, 2013

Onakmu Merafakku



Onarmu Merafakku

Dirimu riak bak binar duniawi
sayugia cuba melatari sukma ratibku
bersawala menetaskan benihbenih wasangka.

Tulusmu tiada meraih temali
kau gumamkan destarmu disitu
destarmu berkalung permata nan kelam.

Benamkanlah binarbinar itu
biar tertakluk kemas kejap di halkummu
pagarinya dengan pasrah nan terdalam atma.

Binarmu meraih pentas dunia nan terindah
binarmu meratap syahdu durga durjamu.

@biNtANg d hAti

Saturday, July 27, 2013

Retak Redaman

Retak Redaman

Retak redaman itu
bak cermin lerai bilahbilah kecilnya
lumat tak terungkai dek untaiuntai jemari ini.

Kuraih satupersatu ceraian
ceraian cerminan nan terlerai retaknya
retaknya kusepuhkan damar atma jiwa nan luhur.

Tika lekaku mengusir luka
pecahan kaca itu mengguris luka darahnya
darah hitamnya berbekas memercik ke perca kanvas itu.

Lelahku menukil ilham semaian asmara
asmaranya melara bebannya tiada tara.

@biNtANg d hAti

Thursday, July 25, 2013

Memori Itu


Memori Itu

Memori di peti kaca itu
ia menggamit rasa
rasanya teruja melamun

Kuraup peti dengan dedaun
agar ia menujah jauh pergi
tiba datang sang bayu ia terserlah

Memori di peti kaca itu ia telus bermaksud
tiada terdayaku meralit resah.

@biNtANg d hAti

Wednesday, July 24, 2013

Resis

TAJUK      :    TEKNIK RESIS DI DALAM MEMBATIK
BIDANG  :    MENGENAL KRAF TRADISONAL

TAHUN    :   4 BAIDURI ,4 DELIMA 2013



1 )  RANCANGAN HARIAN PENDIDIKAN SENI VISUAL 2013

BIDANG
MENGENAL KRAF TRADISIONAL
NILAI MURNI
TAJUK
BATIK
PENGENALAN TEKNIK RESIS
BEKERJASAMA

OBJEKTIF UMUM
FAHAM MAKSUD DAN FUNGSI BATIK



ABM
OBJEKTIF KHUSUS
DAPAT MENGHASILKAN TEKNIK RESIS DENGAN BAIK
CONTOH – CONTOH
BATIK
KERTAS,LILIN ,WARNA
STRATEGI DAN AKTIVITI
TKP
TUNJUK CONTOH-CONTOH TEKNIK RESIS
INTRA PERSONAL
PENERANGAN FUNGSI
INTER PERSONAL
TUNJUK CARA
DEMONSTRASI
SEDIA ALATAN

PERKEMBANGAN IDEA
KREATIF
APREASASI SENI
KRITIS
IMPAK
DI AKHIR PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR DAPAT MENGHASILKAN TEKNIK RESIS DENGAN BAIK

1 )   PROSES MELAKAR MENGGUNAKAN LILIN


 PELAJAR SEDANG MENITISKAN  LILIN DI ATAS PERMUKAAN KERTAS LUKISAN.



                                                                                                              
2 )   KERTAS YANG SUDAH SIAP MENGGUNAKAN TEKNIK RESIS




TEKNIK RESIS YANG SUDAH SIAP CUMA TINGGAL DIWARNAKAN SAHAJA.


3 ) PROSES MEWARNA BATIK RESIS







4 ) HASILAN YANG SUDAH SIAP









Tuesday, July 16, 2013

Batik

Sejarah Teknik Batik
Seni pewarnaan kain dengan teknik perintang pewarnaan menggunakan malam adalah salah satu bentuk seni kuno. Penemuan di Mesir menunjukkan bahwa teknik ini telah dikenal semenjak abad ke-4 SM, dengan diketemukannya kain pembungkus mumia yang juga dilapisi malam untuk membentuk pola. 
     Di Asia, teknik serupa batik juga diterapkan di negara China sewaktu
Dinasti T'ang (618-907) serta di India dan Jepun semasa Periode Nara (645-794). 
     Di Afrika, teknik seperti batik dikenal oleh Suku Yoruba di Nigeria serta Suku Soninke dan Wolof di Senegal. Di Indonesia pula, batik dipercayai sudah ada semenjak zaman Majapahit, dan menjadi sangat popular akhir abad XVIII atau awal abad XIX. Batik yang dihasilkan ialah semuanya batik tulis sampai awal abad XX . 
     Batik cap baru terkenal  setelah Perang Dunia Pertama atau sekitar tahun 1920-an.
     Walaupun perkataan"batik" berasal dari bahasa Jawa, kehadiran batik di Jawa sendiri tidaklah tercatat. G.P. Rouffaer berpendapat bahwa teknik batik ini kemungkinan diperkenalkan dari India atau Sri Lanka pada abad ke-6 atau ke-7. 
       , J.L.A. Brandes (seorang arkeologi dari Belanda) dan F.A. Sutjipto (sejarawan Indonesia) percaya bahwa tradisi batik adalah asli dari daerah seperti TorajaFloresHalmahera, dan Papua. Perlu dicatat bahwa wilayah tersebut bukanlah daerah yang dipengaruhi oleh Hinduisme tetapi diketahui memiliki tradisi kuno membuat batik.
     G.P. Rouffaer juga melaporkan bahwa pola gringsing sudah dikenal sejak abad ke-12 di KediriJawa Timur. Dia menyimpulkan bahwa pola seperti ini hanya bisa dibentuk dengan menggunakan alat canting, sehingga ia berpendapat bahwa canting ditemukan di Jawa pada masa sekitar itu.

     Ukiran kain yang menyerupai pola batik dikenalpasti terdapat pada sebuah arca dewi kebijaksanaan iaitu Prajnaparamita di kalangan masyarakat budhha dari Jawa Timur abad ke-13.  Pakaian menampilkan pola sulur tumbuhan dan kembang-kembang rumit yang mirip dengan pola batik tradisional Jawa yang dapat ditemukan kini. Hal ini menunjukkan bahwa membuat pola batik yang rumit yang hanya dapat dibuat dengan canting telah dikenal di Jawa sejak abad ke-13 atau bahkan kemungknan  lebih awal dari itu.
     Legenda dalam literatur Melayu abad ke-17, Sulalatus Salatin menceritakan Laksamana Hang Nadim yang diperintahkan oleh Sultan Mahmud untuk berlayar ke India agar mendapatkan 140 lembar kain serasah dengan pola 40 jenis bunga pada setiap lembarnya. Kerana tidak mampu memenuhi perintah itu, dia membuat sendiri kain-kain itu. Namun sayangnya kapalnya karam dalam perjalanan pulang dan hanya mampu membawa empat lembar sehingga membuatkan sultan merasa kecewa. Oleh beberapa penafsir, serasah itu ditafsirkan sebagai batik.
    Dalam literatur dari Eropah pula, teknik batik ini pertama kali diceritakan dalam buku History of Java (London, 1817) tulisan Sir Thomas Stamford Raffles. Ia pernah menjadi Gabenor Inggeris di Jawa semasa Napoleon menduduki Belanda. Pada 1873 seorang saudagar Belanda Van Rijekevorsel memberikan selembar batik yang diperolehnya saat berkunjung ke Indonesia ke Muzium Etnik di Rotterdam .Pada awal abad ke-19, batik mulai mencapai masa kegemilangannya. Sewaktu dipamerkan di Exposition Universelle di Paris pada tahun 1900, batik Indonesia memukau rakyat dan seniman.
     Semenjak itu batik jenis baru muncul, dikenalisebagai batik cap dan batik cetak, sementara batik tradisional yang diproduksi dengan teknik tulisan tangan menggunakan canting dan malam disebut batik tulis. Hugh Clifford telah sempat merakamkan industri di Pekan,Pahang pada tahun 1895 bagi menghasilkan batik, kain pelangi, dan kain telepok.

MOTIF DAN SEJARAH BATIK D


Motif-motif Batik



Sejarah Batik

Perkataan batik merujuk kepada proses menghasilkan kain dengan menggunakan teknik terapan lilin bagi menghasilkan reka corak yang kemudian dicelup dengan pelbagai warna yang menarik. Reka corak serta penggunaan bahan-bahan baru telah menyemarakkan lagi pengeluaran batik. Batik yang dihasilkan di negara ini telah berjaya menembusi dunia fesyen antarabangsa. Kebiasaannya reka corak dan motif-motif batik diinspirasikan dari alam semula jadi seperti flora dan fauna yang kemudiannya digabung dengan corak-corak geometri atau abstrak.
Reka corak batik ini diaplikasikan ke atas batik menggunakan teknik canting, batik blok dan batik sutera saring. Di Malaysia kini batik telah diangkat sebagai salah satu daripada seni warisan bangsa yang menjadi kebanggaan negara. Perusahaan batik dipercayai bermula pada awal abad ke 12 iaitu di Kepulauan Jawa dan kemudiannya berkembang ke Semenanjung Tanah Melayu, khususnya di Kelantan dan Terengganu. Semenjak itu seni kemahiran batik terus berkembang ke negeri-negeri lain di Malaysia. Batik di negara ini dihasilkan dengan teknik dan reka corak yang beridentitikan Malaysia. Kini Malaysia menjadi salah sebuah negara pengeluar utama batik di dunia yang mengiktiraf kehalusan dan kemahiran kerja tangan pengeluar batik tempatan.

Motif Batik
Motif pembuatan batik adalah corak-corak hiasan yang digunakan dalam proses melukis atau menerap batik. Bentuk-bentuk motif batik dihasilkan dalam dua bentuk utama iaitu Motif Organik dan Motif Geometrik. Motif Organik berunsurkan alam semulajadi seperti awan larat, tumbuh-tumbuhan, bunga-bungaan, dan haiwan.
Contoh Motif Organik.
1.Motif Ayam


2.Motif Bunga Buluh

3.Motif Bunga Kerak Nasi


4.Motif Bunga Kotak Bercampur
5.Motif Bunga Orkid
6.Motif Bunga Raya
7.Motif Daun Sireh
8.Motif Geometrik
9.Motif Pucuk Rebung
10.Motif Rama-rama
11.Motif Siput
Contoh Motif Geometrik.
1.Motif Pucuk Rebung
2.Motif Bunga Kotak Bercampur
Corak
Corak kain batik bermaksud bagaimana motif-motif yang dipilih dicorakkan di atas kain batik tersebut.
Antara corak-corak yang sering digunakan.
1.Corak Berdiri
2.Corak Jalur
3.Corak Melintang
4.Corak Menyeluruh
5.Corak Menyerong
6.Corak Tompok-tompok
7.Corak Ulangan Batu-bata
8.Corak Ulangan/Selang seli
Proses Membuat
Alatan yang biasanya digunakan untuk membuat batik.
1.Blok penerap
2.Campuran lilin
3.Kain
4.Pencelup
5.Sebuah Meja
Kain benang kapas berwarna putih merupakan yang sesuai untuk membuat batik. Selepas diterap dengan lilin pertama, ia akan dicelup dengan warna yang gelap sedikit. Setelah itu, ia akan diterap untuk kali kedua dan kemudian dicelup dengan warna yang lebih gelap. Proses ini akan diteruskan hingga habis. Kain ini akan direbus dalam air yang mengandungi soda. Apabila direbus, warna-warna yang berlainan akan kelihatan. Kain batik ini kemudiannya akan dijemur hingga kering. Kain-kain batik yang sudah kering, akan digosok, dilipat dan dibungkus untuk dipasarkan.

Jenis-Jenis Batik
Batik Blok
Merupakan antara teknik pembuatan batik yang terawal di negara. Blok yang diperbuat daripada sebongkah kayu atau logam diukir dengan motif-motif bersesuaian untuk mengecap kain yang dikenali scbagai batik blok atau cop. Selain daripada kain kapas, penggunaan kain sutera dan organza dalam pengeluaran batik blok telah menghasilkan tekstil batik yang sesuai untuk rekaan fesyen, perhiasan serta kelengkapan rumah yang eksklusif.



Proses Batik Blok



2. Batik Canting
Dikenali juga sebagai batik lukis. Proses batik bermula dangan lilin cair dilakar menggunakan canting dan diwarna mengikut kesesuaian reka corak. Selain dari kain kapas, kain rayon, voile, organza dan sutera turut digunakan. Reka corak yang menarik dengan pilihan warna yang ceria menampilkan batik bukan sahaja sesuai untuk fesyen pakaian malah boleh juga dijadikan sebagai kelengkapan dan hiasan rumah serta hadiah dan cenderamata yang eksklusif.

Proses Batik Canting

Contoh-contoh Batik Canting
3, Batik Skrin
Dikenali juga sebagai batik stensil atau batik sutera saring. Batik jenis ini merujuk kepada teknik lakaran corak dan terapan warna dilakukan di atas skrin yang diperbuat daripada poliester diregang di atas pemidang. Motif-motif dilukis atas skrin yang telah ditetapkan ukurannya. Kebiasaannya beberapa keping pemidang dengan reka corak yang berbeza disediakan. Ini adalah kerana satu pemidang hanya untuk satu warna sahaja. Skrin kemudian dilekapkan di atas sehelai kain putih bagi melakukan proses pewarnaan. Proses pewarnaan ini dilakukan beberapa kali bagi melengkapkan corak dan warna sehelai kain batik.


Alat dan Bahan Batik


Penggunaan

bahan bahan batik

1. Dye Batik
Dye (warna), perwarna yang digunakan adalah pewarna khas yang dinamakan Dye Batik. Pewarna ini adalah jenis serbuk yang dicampur dengan sedikit air untuk menghasilkan warna yang diinginkan.

2.Canting
Canting yang diperbuat daripada bambu (buluh), berkepala tembaga serta bercerat/bermulut, janting ini berfungsi seperti sebuah pen. Janting dipakai untuk menyiut wax yang cair dan panas, yang dipakai sebagai bahan penutup atau perlindung (perimeter) terhadap zat warna.

3. Jenis-jenis kain yang sesuai

Keutamaan memilih kain adalah perlu dititik-beratkan kerana kain perlulah mudah diresapi warna dan air.

a. Fuji
lembut dan mudah renyuk
sesuai digunakan dalam membuat hasilan kaftan.

b.Chiffon
Kain bermutu tinggi dan mudah digosok .
sejuk dan lembut serta selesa ketika dipakai.

c. Cotton
Agak keras dan selesa dipakai
Harga murah berbanding fabrik lain.

d. Crepe
Kain bermutu tinggi dan mudah digosok

e.Sutera Jascuard
Jenis berkilat seakan satin
tampak mewah

f. Sutera Rayon
Lebih kurang seperti jascuard dan agak tebal serta lebih murah,




4.Aneka pensil
Pensel untuk membuat lakaran batik, disini pengunaan pensel adalah untuk membuat reka bentuk untuk di corak kemudiannya mengunakan cairan wax/lilin. Pensel ini diggunakan oleh penuntut atau bagi yang masih belum mahir dalam membuat batik.

5.Dapur dan Kuali

Dapur serta kuali kecil untuk memanaskan wax. Kegunaannya adalah seperti yang dinyatakan di atas tadi. 


6. Pemidang Kayu
Tempat untuk menyampirkan kain (papan), ini adalah untuk memudahkan lakaran dibuat menggunakan canting tadi, sekaligus untuk memudahkan ketika dalam proses  mewarna kain tersebut.

7. Damar
Lilin (wax), wax yang digunakan adalah jenis yang solid. Wax ini kemudiannya dimasak dan dibiarkan cair dengan sendirinya. Semasa memasak wax ini, keadaan api atau suhu nya tidak boleh terlalu panas. Ia harus dibiarkan dengan suhu yang sederhana sahaja, sebagai contoh jika suhu maksima adalah 12 degree celcius, biarkan suhu nya menjadi 5 degree celcius sahaja. ini adalah untuk mengelakkan keluarnya asap yang tebal ketika melakar batik tersebut.
8.Lilin Putih


Langkah - langkahnya menghasilkan batik adalah seperti berikut :
  1. Langkah pertama
    Kita membuat rekacorak kain batik di atas kain putih dengan pensil. Motif boleh dipilih berasaskan tradisional/ethnik, flora fauna, geometrikal, organic, garisan dan ruang, semi abstrak dan lain-lain. Dalam penentuan motif, biasanya tiap orang memiliki selera berbeda-beda. Ada yang lebih suka untuk membuat motif sendiri, namun yang lain lebih memilih untuk mengikuti motif-motif umum yang telah ada. Lebih menyenangkan morif boleh dipilih daripada koleksi MasterWan Batik.
  2. Langkah kedua
    Menggunakan canting yang telah diisi lilin cair untuk mencorakkan kain. Kepanasan lilin perlu dikawal agar tidak terlalu panas untuk mengelakkan garisan lilin kembang dan sekaligus menghasilkan garisan yang tidak konsisten. Pelukis terpaksa menuangkan semula lilin cair ke dalam bekas lilin sebelum lilin cair itu sejuk. Seterusnya menceduk lilin lain bagi menjamin aliran lilin cair tersebut dapat digunakan dengan lancar.
  3. Langkah ketiga
    Mematikan warna. Sodium silicate digunakan sebagai bahannya. Proses ini dilakukan untuk memastikan warna tidak akan luntur apabila dibasuh seterusnya. Ia menj
  4. Langkah keempat
    Setelah empat jam direndam kain dalam bahan tersebut, kain tersebut dibasuh dan direbus.  Tujuannya adalah untuk menghilangkan lapisan lilin, sehingga motif yang telah digambar sebelumnya terlihat jelas. Air panas dimasukkan serbuk soda bagi memudahkan lilin ditanggalkan daripada kain. Seterusnya kain tersebut dibasuh sekali lagi dan dibilas.  Paling elok, kain batik ini dijemur di tempat teduh agar warnanya dapat dijamin ketahan dan kualitinya.



Penduduk di negara kita menggunakan batik secara meluas. Batik digunakan 
untuk membuat baju, kain sarung atau batik lepas. Sebagai contoh, pakaian seragam pramugari kapal terbang MAS dibuat daripada batik. Batik juga digunakan dalam majlis-majlis formal dan majlis keramaian. Selain dibuat pakaian, batik juga digunakan sebagai hiasan seperti alas meja, cadar, sarung kusyen, tudung kepala, alas televisyen dan lain-lain lagi. Batik boleh dibeli dengan harga yang murah dan berpatutan. Batik begitu digemari pelancong-pelancong asing kerana coraknya yang menarik dan unik. Ia sering dijadikan buah tangan untuk dibawa pulang ke negara masing-masing.

Blog Archive