Tuesday, June 19, 2012

TemAnku buruNg cAmAr


Temanku Burung Camar

Detik sendirian di pantai,
mataku terpaku,
memandang seekor burung camar,
tenggek bersahaja,
di atas sampan nan usang.


Putih bulunya,
redup matanya,
seiring mengepakkan sayap,
cuba menjadi begitu megah.

Camar memandang jauh,
terpaku merenung sekawan ikan,
leka tanpa menghiraukan diriku.


Aku mengais pepasir pantai,
merungkai garisan dan turisan,
tiada terhasil apa yang dirasa,
aku pasrah... .

 
Kuperhatikan camar tadi,
masih begitu megah,
memandang kawanan ikan.

:)
@bintAng D hAti

Monday, June 18, 2012

Statue of Liberty


Statue of Liberty

Aku,
bukannya patung Statue of Liberty,
yang hanya bertegak kematu
tiada resa dan tiada rasa..

Aku jua,
bukannya patung Statue of Liberty,
yang agam megah di Pulau Ellis
tiada berupaya merubah dan mengolah.
kitaran hidup sekitarannya.

Aku jua sebenar,
bukannya patung Statue of Liberty,
Tika pemahatnya Frederic Auguste Bartholdi,
lebih arif daya fikirannya,
berbanding patung itu.

Apalah upaya patung itu berdiri di situ.

@BintAng D hAtii

Saturday, June 16, 2012

TEMAN ...KAU SELALU ADA


TEMAN ...KAU SELALU  ADA

Teman... ,
acapkalinya,
aku ingin menjadi sesuatu,
yang terindah buat teman-teman.
menyampaikan salam berkirimkan bayu.

Tika ada tikanya,
pemahaman kita,
tentang erti sahabat di maya ini,
acapkalinya berbeda jauh dan menyongsang,
ia tetap dan selalu ada.

Tika ada tikanya,
persaudaraan ini mula dipertikaikan
hanya kerana tiada menyanggah dan bertegur mesra,
bukanlah petanda ia sudah tiada lagi,  ataupun ia sudah mati,
ia tetap dan selalu ada.

Tika ada tikanya,
Percayalah ia selalu ada,
tiada sekelumitpun ia pergi begitu sahaja
ukhwah ini seringnya bertamu di hati-nadi,
ia tetap dan selalu ada.
Hmmm...:)

@BintAng D hAti

sAlAm kEdAmAiAn


SALAM KEDAMAIAN

Sampaikan salam penuh kedamaian,
buat teman-teman ,
jangan dibiarkan hati kita merajuk,
damaikanlah dunia,
jangan dibiarkan merpati itu pergi,
terbang entah ke mana .
hmmm... .

@Bintang D HAti

Friday, June 8, 2012

Toy Soldiers


Toy Soldiers

Derap,derap,derap.
sama sahaja,
ke kiri pusing,mereka ikut.
ke kanan pusing,mereka turut.

Mereka begitu amat akur,
letaklah apa jua halangan,
mereka redah mereka sesah,
mereka muntahkan murka dan durja,
bagaikan gerembolan  tiada akal.

Komandernya, sang remote controller,
Jeneralnya, sang protokol.
Prebet-prebetnya sang pembawa sumpah,
mereka langsung tiada rasa sesal,
malah mereka bangga dan bongkak.

Derap, derap, derap... .
sama sahaja,
ke belakangng pusing,mereka ikut,
ke hadapan pusing,mereka turut.
Toy Soldiers.


@ Bintang D Hati

sAmArkAnd


Samarkand

Sahibul hikayat,
dari pedagang laluan sutera,
bahawasanya,kuda-kuda Samarkand,
amat terjal nan pejal.

Agam bidang dadanya,
disaluti pelana bertatah mutiara,
mendengus nafasnya hangat
nampak sangat bongkaknya.

@Bintang D Hati

Wednesday, June 6, 2012

Aduhai Cinta Aduhai

Aduhai Cinta Aduhai.



Kata mereka,
cinta memang menggamit resah,
ke lubuk terdalam jiwa kita,
ia sangatsangat memberahikan,
menimbulkan resa,

Kata mereka,
cinta mengundang kasima,
rohnya hilang tinatiba,
ia sangatsangat menghairahkan,
menimbulkan ketulusaan.

Aduhai cinta aduhai.


@biNtAng D hAti

Sunday, June 3, 2012

Hikayat Kita Tidak Serupa


HIKAYAT KITA TIDAK SERUPA

Akan kuketuk tiap minda nan lohong,
tepu dan terpenjara,
biar mereka semua tahu.

Akan kulontar segala baubau lohong,
agar luntur dan gamit kasturi
biar mereka semua akur.

Hikayat kita sememangnya tidak sama sahibulnya.



@biNtAng D hAti

Blog Archive