Monday, May 9, 2011

hati itu perlukan benih ...


hati itu meruntun runtun kerana terluka
kerana terhiris terlalu dalam sangat
kerana hati itu remuk redam
ia bukanlah sesuatu yang mudah
keluar dari kepompong sepi

jiwa itu menjadi sangat tidak terdaya
menjadi begitu malangnya kita
membuatkan kita jauh dari realiti
kita menyendiri
terpasung sepi
terpasung kaki
terpasung hati

hmmm
lepaskan igauan itu terbang
leraikan temali pasung itu 
dampingkan diri kita 
dengan kebenaran
dengan hak
dengan hati nan baru
jgn terpesong begitu jauh
jauh sangat sangat :)

@biNtAng D hAti

3 comments:

aslinahali said...

untuk keluar dari kepompong sepi itu memerlu kan masa, tidak seperti rama-rama yang mengambil cuma beberapa waktu untuk keluar dan terbang bebas di taman.
mungkin dalam kesendirian itu ada keindahan, seperti kata orang....sepi itu indah......:))

azidee said...

sepi mmg indah buat yang memahami ..itu tidak d nafikan...semua kita ada hak untuk bertemankan sepi :)

Anonymous said...

belajar banyak

Blog Archive