Hari lahir
hari kelahiran kita
hari kita lahir ke dunia,
hari kita kenal mak,
hari kita kenal aruah bak,
hari kita kenal kakak-kakak
hari kita kenal abang
hari kita kenal dengan adik-adik,
hari kita kenal semua semua yang berdekatan dengan kita
Hmmm...
Dari situ jualah, kita membesar tahun demi tahun
dan menyambuit hari bersejarah tu.
Bagaimana saya sambut hari lahir saya?
hehehe, maybe keluarga saya sangat-sangat besar ada 11 orang.
Aruah bak bukan orang yang senang.
Masa tu memang kami tak pernah nak sambut hari lahir.
Itulah sebab ... bila saya di sekolah rendah
saya jadi pelik bila ada keluarga yang menyambut hari lahir mereka.
Jadi dari situ..saya tahu bahawa hari lahir tu perlu disambut
bagi orang yang berkemampuan.
Bagi saya mungkin tidak kerana keluarga kami tidak mampu dan sangat miskin.
Mulanya saya teringin jua bertanya kepada aruah kenapa dia tak sambut hari lahir anak-anaknya
tapi maybe saya tak sampai hati kerana saya tahu memang keluarga saya amat susah masa tu.
Apabila aruah bak sakit angin ahmar ... masa tuh saya di dalam darjah enam.
Jadi saya tiada kesempatan untuk bertanyakan soal itu semua.
kerana saya sibuk dengan sekolah dan kerja sambilan bagi meringankan beban mak saya.
Macam macam kerja kami yang lelakinya buat, seperti isi tanah dengan poly bag
membantu membakar sampah guna pembakar sampah yang besar,masak di rumah,jaga adik adik
sebab kakak dan abang saya tiada. Mereka bekerja juga untuk menambahkan pendapatan kami.
Jadi saya paling tua untuk menjaga semuanya adik adik di bawah saya .Itulah kerja saya berulang-ulang selamanya sampailah saya masuk ke kolej untuk menjadi seorang guru.
Saya mula meraikan hari jadi secara sendirian.Apabila tiba hari lahir,pada sebelah malamnya,saya akan baring di bawah katil sendirian.Saya pejamkan mata.Kemudian hela nafas panjang panjang.Lalu berniat di dalam hati,semuga hari lahir saya sentiasa berakhir dengan keriangan.
Masa itu,saya kadang kadang bermimpi yang sama,saya terbang ke sana ke sini sendirian dan sepertinya melepaskan segala masalah dan penderitaan saya.Mimpi ini sangat menghiburkan hati saya.Itulah mimpi yang sering menghantui saya masa itu.Mungkin Allah kasihankan saya dan keluarga saya,manalah tahukan?
Disebabkan kerana kesusahan dan situasi itu semua,saya seakan akan boleh menerima bahawa hari lahir tu tidak perlu bagi saya.Biarlah ianya disambut oleh sesiapa pun.Saya hanya redha dengan apa yang ada.
Bila saya mula mengaji di masjid dengan tok imam Jaafar di Masjid P.U.B.Kota Tinggi,beliau kata "As,hari lahir tidak elok disambut dengan tiupan lilin kerana itu budaya luar bukan tuntutan agama kita."Saya jadi bertambah semangat dengan semua itu.Jadi saya mulai faham kenapa aruah bak tidak menyambutnya.
Apabila saya bertemu dengan isteri saya,barulah saya mula menyambut hari lahir kerana dia mahu sangat-sangat menyambutnya.Saya terpaksa akur dengan kehendaknya.Saya sayangkan dia,tapi secara perlahan-lahan saya beritahu dia tentang ketidakselesaan saya itu.Lama kelamaan ,dia mula faham. Walaupun, dia merajuk panjang.Semenjak itu,kami mula mendidik anak anak kami dengan cara yang inysAllah mengikut kehendak Allah.
Kami sambut dengan cara yang berbeza dengan orang lain.kami belikan hadiah dan kad.Kami akan membuat surprise pada setiap hari lahir kami.Selepas itu,baharulah kami makan di luar dan orang yang menyambut hari lahir tu akan dibenarkan makan apa sahaja yang dia mahu.Mereka lelainnya terpaksa ikut :)
Itulah caranya sambutan hari lahir saya dan keluarga saya.Setelah kenal dengan isteri saya
itulah kali pertama saya terima hadiah dari seseorang yang saya sayang.Masa tu,air mata saya bergenang
sebab saya memang tak tahu nak ucap apapun.Saya tak pernah rasai itu semua.
Akhirnya,Allah makbulkan juga perasaan itu kepada saya.Saya teramat bersyukur terhadap isteri saya kerana memberikan rasa yang cukup amat mahal itu kepada saya.Sepanjang malam itu, air mata meleh tidak tertahan-tahan menahan sebak gembira.Indahnya rasa itu.
Hmmm...Saya renung ke langit seketika,memerhatikan bintang-bintang nan tersebar di langit.Sepertinya,melambai-lambai aruah bak tersenyum kepada saya.Aruah pernah beritahu bila kita rasa rindukan sesuatu yang paling rapat dengan kita,renunglah bintang.Di situ,terdapat banyak bintang-bintang yang boleh membantu kita dan menaikkan semangat kita.
Sampai ke saat dan ketika ini,saya masih rajin melihat bintang di tepi pantai.
2 comments:
Terharu nya.. namun disebalik kepayahan lalu ia mengajar kita arti kehidupan dan arti penghargaan yg Allah Taala beri kan kepada hamba nye. Namun begitu kita harus bersyukur kerana pengalaman masa silam menjadi kan kita lebih matang dan menghargai org lain... :)
hmmm betul tu malam ...
kita dengan apa yang kita punyai dan masa silam kita membina kekukuhan d dalam setiap apa yang kita cuba bina kerana kita perna susah kerana itu kita jadi ebgitu berhati hati..thanks k :0
Post a Comment