Tuesday, February 22, 2011

duniA bAru sAyA :)


Petang tadinya....
selepas seharian suntuk di padang sekolah,
melatih bebudak sekolah bagi menghadapi pertandingan Olahraga MKSZ Semerah
pada hujung minggu ni.
Aku bergegas pulang ke rumah di dalam keadaan badan yang agak meletihkan
Sesampai sahaja ke rumah 
aku  terus mandi sementelah badan yang agak melekit.
Rasa tidak selesa itu memang menyeksakan
apabila kita berada di tengah -tengah padang seharian :)

Memang begitulah rutin aku setiap awal tahun,
aku dan rakan rakan setiaku'
ralit melatih pelajar tersebut
yang memang tidak tahu apa apa.

Selepas aku mandi dan membaca akhbar di meja dapur rumahku,
aku ke ruang tamu sambil membuka air cond agar badan ini cepat dingin.
Aku buka laptop mini wife
dan buka akaun fb maybe kerana sejak akhir akhir ini, aku jarang punya masa untuk bertanyakan khabar rakan rakan baikku serta saudara mara yang memang ada di situ.
Seperti biasanya,
anak anak murid sekolahku yang cinonet rajin mengusikku
Intan...shila dan beberapa orang lagi memang rajin menegur di situ.
Bebudak sekarangkan
advance sungguh :)
tapi yang nyatanya
mereka akan bertanyakan tentang apa akan kuajar pada hari esoknya,
apa perlu dibawa..apa perlu disediakan.
:)
Rasanya ini adalah satu kelebihan juga kan?
Lepas tu,
mereka hilang entah ke mana
senyap terus.

Esoknya, jika aku berkesempatan buka akaun fb ku lagi,
itulah teguran awalnya bebudak tu..

Selepas itu,
bekas anak-anak muridku yang sudah berkahwin dan besar besar :)
Man...Ita( aktivis politik now )...Basironbebudak SMK Chini ni
rajin sangat-sangat bertegur sapa
dan berbual serta bertanya khabar tentang keluarga aku.
hmmmm'

Alhamdulilah rasanya shukur sangat sangat....
semuga sejuk perut mak abah merekakan?
kerana menghargai gurunya yang agak tegas ni
dan agak berkurangan dari segi apa sekalipun

kekadang budak budak seperti ini
amat tulus dan lurus sifatnya
kekadang aku rasa tidak tergamak hendak biarkan mereka tanpa dibalas komennya
sebenarnya aku ni  bukan rajin ke facebook ni...
tapi sejak ada mereka semua
aku bertambah rajin pulak 
hehehe

dan last sekali
semakin bertambahlah rakan rakan bergurau aku yang sangat sporting
maisarah...tajol...yuftop...sesuri ..ummi.. (mereka panggil  mama sbb dia paling tua dan sering beri nasihat )
ena...dang anum...didie ...azie ..ariffin...nita..ned...aslinah ...
sebenarnya
 kadang kadang bila kita perlukan rakan
mereka ada d sekitaran kita
memberi nashat dan dokongan

yang pentingnya jika kita berkawan di dalam fb ni
kita kena sporting
itu je

@biNtANg d hAti
12.10.11


( kenapa ada lagu sangam lak?..langsung takde kena mengenakan ?
hehehehe satu perkara yang hendak saya lakukan seperti mengarang sesuatu atau menulis saya perlukan mood seperti ni baru saya boleh mendapat idea :) )













3 comments:

aslinahali said...

suka cara u bercerita....hehehe...tak sangka nama i pun ada terselit gak kat situ......u're d best lah Azidee...kita dah jadi rakan FB yg kamcing gitu u....kih kih kih :)

thanks ya, jadi kawan i...n thanks to ALLAH...mempertemu kan kita semua, baik hati dan budi....:)

azidee said...

aiseh aslinah hehehehe :) buat kembang jek hidung kita ni heheheh...anyway thanks la kalau ska dgn cara kita tu....yela kita mmg kawan kat sini tak salah kan ?
teman memang suatu keperluan buat kita ek? :) terima kash gak sbb sudi jadi kawan d sini ek :)b nice k

Anonymous said...

love it.... happy n ceria ..

Blog Archive