Monday, January 10, 2011

sElAmAt tinggAl

teman...
masa dan tika yang kita hadapi bersama
tawa dan gurau senda
senyum ...manis itu
adalah harta nan tidak ternilai
dan tidak berjiwa



teman...
tika dan masa
kita seringnya berbicara
tika remang senja berlabuh
menyusup bebulan dan bintang nan ceria

lontaran bual tentang hidup
tentang jiwa ,tentang resa
tentang segalanya
adalah saat yang tidak mungkin dapat aku
hindari jejauh
di dalam fikiran ku
kerana ianya terbiasa begitu

teman...
mungkin kerana itu
kita pernah bersama
mengharungi rencah silam itu
berdua....
hanya kerana kini
kita hanyalah sekelumit suatu ceritera

kerna masa itu
tika aku ucapkan selamat tinggal
aku tahu
terlalu berat untukdiujarkan
terlalu sesak untuk diwajarkan

aku pasrah
kerana
ketentuanNya
kita hanya sebutiran pepasir 
di sekitaran pantai yang sentiasa berubah

janganlah disalahkan pada takdir
akur sajalah pada kelemahan diri kita jua
kerana membenarkan segalanya musnah begitu sahaja
kita hanyalah manusia yang sentiasa mengundang silah
hmmm

terima kasih buat kesementaraan itu

5 comments:

whitecappuccino said...

first time jumpa pekataan "kesementaraan"..

azidee said...

puisi rasanya
d bolehkan :)
untuk sedapkan ritma dia heehehe

Anonymous said...

Tahniah... cantik puisi awak.. mudah di fahami

azidee said...

thanks :) sapersebenarnya ni? boleh tahu? anonymous :)

azidee said...

thnks anonymous hehehe ..anyway sape ni tak dpt trace?

Blog Archive