ada tikanya remang malam...
menggamit seribu keindahan nan terperi...
kerana ianya menghadirkan rupa seri
bebintang yang tiada terhitung
penuh misteri...
penuh resa...
memancar dengan penuh galak
kita jadi terfana seketika
kerana kecerahan bintang itu
ada tikanya remang malam itu..
menggamit seribu keindahan nan terperi
kerana bulan sentiasa menemani
tika hening suasana
tika melaut asa untuk menggapainya
dan sering kita impikan
kita jadi terfana seketika jua
kerana kecerahan bulan itu
ada tikanya jua
remang malam itu..
menggamit seribu keindahan nan terperi
kerana sekitaran yang malap
dan pengap
tanpa riuh usikan teman dan keluarga
kita jadi terfana seketika jua
kerna kesunyian itu
amat sangat mencengkam
tapi kita diberi akal,,,
kita diberi fikiran
kita diberi tekad
kita diberi mimpi
untuk menerima
apa yang kita ada
apa yang sedia ada
di sekitar kita
di dalam diri kita
kerna kita tahu
kita insan biasa
tiada keistimewaannya untuk kita merampas semua itu
dari Maha Pencipta
kita cuma meminjamnya sementara
hanya sementara cuma
tidak lebih dari itu
No comments:
Post a Comment