Sunday, December 19, 2010

di persisiran pantai itu

memetik tali temali gitar ..
mewujudkan irama yg mendamaikan...
sesambil menguis pasir pantai..

meneroka resah ombak...
dan kerinduan camar...
segalanya kusimpulkan menjadi satu

membina ribuan asa
ingatan...demi ingatan
terpaku dan terpasak
rapat..erat

sedangkan jika ada
sekelumit rindu ini
hanya jua untuk ku serahkan
atas segalanya yg selama ini
menjadi teman
resah hati
malam ini

biarkanlah ombak itu berlalu
kerana ianya kan kembali lagi

biarkan camar itu berlalu jua
kerana ianya kan terbang pulang

biarkanlah aku sendiri jua
kerana diri ini terbiasa mengharungi semua ini

kerana diriku
camar
ombak
adalah sepi dan rindu itu

2 comments:

whitecappuccino said...

salam Dee..happy u r here :)

azidee said...

u r most welcome my :)

Blog Archive