Saturday, December 25, 2010

bluE mOOn :)





hmmm
dulu ...
saya ada seorang rakan akrab d sini
yang sangat sangat sukakan merenung bulan
yang jauh nun di atas sana



kadang kadang saya mengusik dia
tak perlu merenung bulan
kerana bulan tidak akan jatuh ke riba awak 
dia jawab maybe
kalau ada miracle
bulan tu akan jatuh ke pangkuannya
ke dakapannya
hmmmm...


saya terus mengusik
kalau nak sangat sangat bulan tu
ada caranya
dia senyum kerana maybe dia terasa saya  sengaja bergurau
dan hendak sedapkan hati dia
hehehe


ialah....bila saya menunjukkan kesungguhan
akhirnya dia mengalah dan bertanya
saya jawab kalau teringin sangat sangat nak ambil bulan tu..
awak ambil besen yang berisi air
lepas tu...awk akan nampak bulan di depan mata awak
dekat sgt sgt
:)
boleh disentuh lagikan
dia tersenyum 
tak tahula samada senyum tu ikhlas ke tidak
saya hanya cuba untuk menenangkan dia
kerana saya tahu banyak perkara tentang dia


saya tahu sangat sangat
dia memang peminat setia bulan
bukan seperti saya
lebih prefer melihat bintang
itulah kan....manusia memang berbeza dari segi banyak hal dan masalah
memasing ada hala tuju dan panduan masing masing
hmmmm


kini
setelah dia tiada..
saya seperti kehilangan sesuatu
sesuatu yang biasanya ada bila saya perlukan
:)
sesuatu untuk digaduhkan
sesuatu untuk diomelkan
sesuatu untuk diguraukan
hhmmmm


kini saya baru faham sangat sangat
semua itu...
dan saya mula faham
kenapa dia suka sgt sgt tenguk bulan
:)
kerana kini
saya juga tenguk bulan serta bintang saya
:)


thanks kerana pernah menjadi seorang rakan 
b nice :)







2 comments:

whitecappuccino said...

Bulan dan bintang..sebahagian hidup kita...matahari juga..

azidee said...

hmmm
hehehe
juz mumblong bout sumthing a
:)

Blog Archive